REFLEKSI SELEPAS P & P

Kekuatan:
Semasa saya menjalankan pengajaran dan pembelajaran, suara saya adalah lantang dan tegas. Oleh itu, kelebihan atau kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan P & P iaitu ketegasan dan kelantangan suara. Suara yang lantang akan memudahkan murid mendengar, seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. Hal ini akan membolehkan murid lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. Bukan itu sahaja, ketegasan dalam menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan murid lebih hormat kepada guru.
            Selain itu, kejelasan penyampaian bagi seseorang guru juga merupakan sesuatu kekuatan. Apabila guru memberi arahan ataupun menyampaikan isi pelajaran dengan jelas, akan memudahkan murid faham dan mendapatkan maklumat tepat daripada guru. Hal ini juga berkaitan dengan tindakan susulan murid. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.
           
Kelemahan:
Semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati P & P saya tidak dapat mengikut masa yang ditetapkan, itu adalah kelemahannya. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran akan menjalankan dengan lebih baik dan lancar. Perbandingan rancangan pengajaran harian saya yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring, tetapi masa keseluruhan pengajaran saya tidak terjejas.
            Bukan itu sahaja, kelemahan atau kekurangan seterusnya ialah masalah dalam pemantauan kelas. Saya didapati hanya berada di hadapan kelas sahaja tanpa memantau murid yang duduk di penjuru kelas semasa murid membuat lembaran kerja. Guru seharusnya berjalan dan memantau setiap murid. Melalui cara itu, guru dapat mengawal keadaan dan suasana kelas dengan lebih baik.

Langkah Mengatasi:
Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan perlu menambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam pengajaran dan pembelajaran, menambahbaikan yang perlu dilakukan ialah ketepatan penggunaan masa menyampaikan pelajaran serta pemantauan murid di dalam kelas. Guru perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam rancangan pengajaran harian. Ketetapan masa perlu diikut bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini juga akan memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari permulaan sesi pengajaran hingga tamat.
            Guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kaedah ini sangat membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid, atau membantu sesetengah murid yang kurang fahami terhadap pelajarannya secara serta merta. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ia menunjukkan interaksi dan komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid. Oleh yang demikian, saya akan sentiasa meningkatkan kemahiran dan potensi diri supaya boleh melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan lancar lagi untuk murid-murid kita di dalam bilik darjah.