JENIS-JENIS PEKERJAAN

Doktor orang yang bertugas menyembuhkan orang-orang yang sakit. Tidak semua orang yang menyembuhkan penyakit boleh/dapat disebut doktor. Untuk menjadi doktor biasanya diperlukan latihan khusus dan memegang persijilan/tauliah khusus, seperti di Malaysia, harus mendapat tauliah daripada Majlis Perubatan Malaysia di samping sijil kedoktoran daripada mana-mana universiti yang diiktiraf oleh kerajaan.


Seorang Ahli Sains atau Saintis, secara umumnya, merujuk kepada sesiapa sahaja yang melakukan aktiviti-aktiviti bersistem untuk mengaut ilmu atau mana-mana individu yang melakukan apa-apa jenis aktiviti yang berkaitan dengan asas pemikiran atau falsafah. Dalam suatu sudut pandangan yang lebih terhad, para saintis merupakan individu-individu yang menggunakan kaedah saintifik. Individu tersebut mungkin sekali pakar dalam satu bidang sains ataupun lebih.


Juruterbang (bahasa Inggeris : Aviator) merupakan seorang yang menerbangkan sebuah pesawat udara untuk tujuan keselamatan atau pekerjaan. Kadang kala perkataan yang agak feminin aviatrix juga digunakan. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin.
Meskipun perkataan ini sering kali dirujuk kepada pemandu, ia juga boleh digunakan bagi merujuk kepada jurumudi udara, jurubom, Pegawai Sistem Senjata dan Pegawai peperangan elektronik. Istilah tidak harus dikelirukan dengan istilah juruterbang tentera laut, yang mana merujuk kepada anak kapal di dalam Tentera Laut Amerika Syarikat, Marin dan Pengawal Pantai.




Hakim ialah seorang pegawai yang dilantik untuk mengadili sesuatu perbicaraan di mahkamah. Bagaimanapun, kuasa, fungsi, cara pelantikan, disiplin dan latihan hakim berbeza mengikut tempat.


Pengurus, mengikut takrifnya, ialah seorang yang mengurus. Kegiatan mengurus, menurut Henri Fayol, terdiri daripada lima tugas utama, iaitu merancang, mengatur, memimpin, menyeleraskan dan mengawal.


 
Polis, pasukan yang menjaga keamanan negara dan penguatkuasaan.